Gensui (Tentera Laut Imperial Jepun)
Gensui (Tentera Laut Imperial Jepun)

Gensui (Tentera Laut Imperial Jepun)

Marsyal Laksamana (元帥海軍大将, gensui-kaigun-taishō) adalah pangkat tertinggi didalam Tentera Laut Imperial Jepun sebelum perang. Istilah gensui telah digunakan untuk kedua-dua Tentera Laut dan Tentera Darat Imperial Jepun, dan sebahagian besarnya merupakan gelaran kehormat yang dikurniakan untuk khidmat bakti yang luar biasa kepada Maharaja. Di dalam Zaman Meiji, gelaran tersebut telah dikurniakan kepada lima jeneral dan tiga laksamana. Dalam Zaman Taishō ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan enam laksamana, dan dalam Zaman Shōwa ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan empat laksamana. Setaraf dengan pangkat lima bintang (OF-10), ia bersamaan dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja UK dan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.Diperhatikan bahawa beberapa kenaikkan pangkat pada tahun yang sama mereka mati; ini adalah kenaikkan pangkat selepas kematian.